Dalam kajian ilmu otak, kita habiskan 30% dari masa kita dengan berangan-angan. Fikiran terawang awang. Dalam Bahasa Inggeris disebut daydreaming.
.
Menariknya fikiran terawang ini terhenti apabila kita lakukan 3 perkara - membaca, mendengar atau melihat cerita atau story.
.
Cerita atau storytelling menarik minat. Umpama gam lekatkan minda pada cerita. Pakukan manusia pada kerusi.
.
Ambil contoh Apple dan Steve Jobs. Apple berkembang setelah Jobs bangunkan Pixar - Syarikat filem animasi gunakan teknologi komputer.
.
Di Pixar Jobs bercampur dengan storyteller. Di Pixarlah Jobs sedar resepi kejayaan letak pada adunan cerita yang digarap kepada pelanggan.
.
Pada tahun 1983, Jobs masih lagi di Apple sebelum dibuang. Dia lancarkan komputer bernama Lisa. Iklan dirancang.
.
Iklan 9 mukasurat dikeluarkan di New York Times. Segala hal teknikal dimasukkan. Terlalu detail.
.
Natijahnya Lisa gagal. Job ditendang keluar dari Apple.
.
Beberapa tahun kemudian Apple beli Pixar. Jobs kembali semula ke Apple. Berbekalkan ilmu baharu, ilmu story telling, Apple beralih arah.
.
Dari iklan 9 muka surat, tinggal hanya 2 perkataan di papan iklan - THINK DIFFERENT.
.
Fokus Apple beralih untuk jadikan pelanggan sebagai hero dalam cerita Apple. Fokus pada peranan Apple dalam kisah jaya pelanggannya. Apple beri alat atau tools untuk lonjakan potensi pelanggan.
.
Secara umumya otak manusia umpama kuda liar. Hanya mudah tertambat dengan cerita atau storytelling.
.
Apabila kita mahu tambat pelanggan, gunakan stoytelling. Kalau kita mahu effective parenting, ikat anak-anak dengan storytelling. Apabila kita mahu kuasai otak pekerja, bungkus arahan dengan storytelling.
.
Storytelling ada kaedah dan cara. Bukan semberono. Bukan keakuan bukan kesayaan semata.
Popular Posts
-
小兒生長發育口訣 1.小兒生長發育規律: 一聽二看三抬頭;四撐五抓六翻身;七坐八爬九扶立;十二個月左右能獨走. 2.小兒生長發育規律: 一哭二笑三認母;四月大笑五認生;七月無意說爸媽;八月有意仿大人;十月招手會再見;一歲以後能說話. 3.小兒動作發育規...
-
Under-mentioned listed are the taboo that you must take note and take care. 1. Bedroom door facing the toilet door If you have t...
-
一个人的"经济能力"不在于他能赚多少,而是他能"存"多少,和如何善用自己所储存的金钱,为未来的梦想播种。 由于最近的经济负担增加了不少,非常需要开始开源。
-
Dalam kajian ilmu otak, kita habiskan 30% dari masa kita dengan berangan-angan. Fikiran terawang awang. Dalam Bahasa Inggeris disebut daydre...
Follow us at FB
Stats
Powered by Blogger.
Link List
Copyrights @ Journal 2014 - Designed By Templateism - SEO Plugin by MyBloggerLab
0 comments:
Post a Comment